Kita bergelar hamba..
kembara mencari,pelengkap diri..
sebagai bukti,cinta hakiki..
disebalik awan gergasi,tercetus pelbagai revolusi..
kuatkan hati,iman bestari..
sebuah erti,mencari Ilahi..
Ada org bertanyakan saya,
”mung bahagio dok nikoh”..
Bagi saya,bahagia itu luas maksudnya..Tidak kira siapa kita,doctor,ustaz mahupun petani..bahagia itu bukanlah letak pada harta kita perolehi,pada ilmu yg kita pelajari,atau pada pengalaman yg kita cari..Contohnya,kenapa org susah boleh bahagia?-Kenapa ada org belajar tinggi2 pun blh bercerai?Pada pandangan saya,kita mestilah jalinkan cinta sejati dengan Ilahi.Tidak kira kalau kita susah,senang,sedih dan gembira,kita ada tempat bergantung yg hakiki,barulah bahagia menanti.Harta,ilmu dan pengalaman jadikanlah sebagai material menuju akhirat yang pasti.Kahwin itu adalah salah satu pelengkap untuk mencari keredhaan Ilahi.Doakanlah kami bahagia dan kekal sepanjang hayat-ameen~
Ada juga org bertanyakan saya,
”tok banyok masalah ko nikoh ni”.
Masalah @ ujian itu ada di mana2.Cuma bentuknya berbeza2.Masalah itu pencetus maju.Apapun masalah,kalau kita berusaha mengatasinya bermakna kita mampu berinteraksi dan menghadapinya.Ringkasnya,apabila kita berjaya menyelesaikan sesuatu masalah, ada kemajuan dan kematangan dalam diri secara tidak langsung.Kesimpulannya,perkahwinan itu menyediakan satu ruang untuk bersama-sama menjana kematangan diri dalam mengahadapi sesuatu masalah yg mai.(ayat bini kawe-bhs kedah)-We have hope bcoz we have love-
No comments:
Post a Comment