Monday, January 19, 2009

WINTER WIF BALQIS



exam lagi 2 hari bermula esok..maka blogging pun ala kadar je..tapi,gambar2 mesti nak kena upload untuk tatapan keluarga di Malaysia especially Ninanya yg selalu dok msg mamabalqis kerana rindukan cucu nan sorg ni,hehe..

anyway,Balqis pun sekarang dah semakin bertolak ansur dengan situasi mamapapanya..tadi masa ulangkaji dgn cik anih(my dear cousin here),Balqis terbaring je sambil matanya tak lepas dari usha mama yg seolah2 buat x layan je dgn dia. padahal dlm hati mama,i kept praying mintak2 Balqis behave so that mama could proceed the learning process without having to play with her. dan,apa yg sgt mengharukan kami td,she could stay calm je sambil goyang2kan tangan dia tanpa merengek pun..bila mama or papa pandang dia,she will start to coo/boo seolah-olah nak pancing kitorg untuk terus melayannya berbual..sedih plak terpaksa bo layan jap si kecil permata hati ni.nak wat camne,time is really tight now.but,at last mama angkat jugak dia dan riba sambil dengar explanation dari cikgu anih/hanis..takleh fokus woo bila kepala ingat kat anak,hehe..

jam skg dah 4.10 pg dan our life is just to begin. why? because this potato girl baru nak tido.. =) her sleeping pattern is now starting from 1 or 2 am until 7am. so,mamapapanya baru boleh study dengan tenang tp 'cikgu' dah pun tido sekarang..sebab tu,anak murid dok main internet ni(blame my cousin =P)

em,STUDY?? hehe,ramai sebenarnya yang bertanyakan kepada saya mahupun suami soalan cepu cemas ni..

1) boleh ke study ada anak ni??
2)tak susah ke study sambil jaga anak?
3) susah tak jd student sambil jadi isteri/suami dan ibu/ayah?
4) etc..etc..

dan ini jawapan standard saya--- tak ada benda yang senang didunia ni dan takde benda yang susah sampai jd mustahil didunia ni..ada masa rasa senang,ada masa rasa susah..dan saya selalunya akan akhiri jawapan standard saya itu dengan memohon orang yang bertanya itu supaya mendoakan kekuatan dan kesejahteraan hidup kami sekeluarga..ameen(terima kasih pada yg sudi berdoa,Allah jua yang membalas kebaikan kalian)..

itu jawapan standard..bagaimana pula jawapan realiti saya?? =) hanya senyuman sahaja yang layak menjawabnya..atas segala yang telah dan bakal kami lalui..benar,hanya doa dan sokongan penguat semangat,peneguh langkah-langkah kami yang seterusnya..

nak kata senang sangat,ada masa rasa susah juga..terutama bila time2 kita dah plan nak baca or study banyak ni(saya seorg yang planner-depend on schedule,but my hubby jenis yang independent),tp tiba2 anak taknak duduk pulak..kena ulit/dodoi sampai sejam lebih tapi masih tak tidur-tidur,takkan nak biar papa je yg jaga,papa pun ada tanggungjawab pada studynya juga..masa ni,kadang-kadang rasa lelah juga..tp,itulah kebesaran Allah..dianugerahkan kita dengan perasaan sayang yang tiada taranya sebagai ibubapa kepada seorang anak,maka kita AKAN SANGGUP melalui segala macam kelelahan itu demi sebuah keselesaan si anak(moral : hargai dan teruslah menghargai ibubapa anda)..dan,satu perkara menarik yang saya perasan,jiwa akan jadi tenang bila merenung wajah sikecil ni..teringat saya kata-kata bekas ustazah saya dulu, lebih kurang mcm ni--

"budak kecik ni dia takde dosa..so,perasaan kita boleh jadi tenang apabila merenungnya"

moralnya,bagi sesiapa yang belum berkahwin,cepat-cepatlah kahwin dan ada anak,so boleh usha muka anak kecil kita tue selalu =) insyaAllah,tenang jiwa..bak kata seorang sahabat saya yang telah berkahwin,kehidupan perkahwinan itu sangat indah. ye betul,bukan nak promote suruh pakat2 kahwin,tapi nak bagitau jangan terlampau fikirkan yang susah-susah..insyaAllah,rezeki Allah itu luas..pasti ada rezeki kita seperti dipermudahkan urusan belajar(ameen) dan sebagainya..masalah itu ada dimana-mana tapi,bukankah kehidupan ini hanyalah sebagai cubaan yang penuh dengan ujianNya?? tabahlah menjalani hidup (pesanan ini terkhusus untuk saya dan suami)..and create your own colourful life =)

tak lupa untuk saya mengucapkan berbanyak terima kasih pd sahabat2 yang sangat baik disini yang sudi datang ajar mana yang dah kami tertinggal selama cuti di Malaysia,yang tolong belikan buku,tolong ambilkan nota dan sebagainya..Allah jua yang membalas segala budi baik kalian..

panjang saya menulis kisah yang saya kira peribadi ini pada post kali ni..macam tulis surat pun ada,hehe..moga-moga ada manfaat pada pembaca..

buat akhirnya pada kali ni,anda para pembaca sangat2 kami(pamabalqis) hargai kesudian untuk datang menjengah disini..titipkanlah doa anda agar kehidupan ini terus diberkati dan najah dunia akhirah..and,not to forget for our brothers and sisters in Palestin..sama-sama kita contohi ketabahan burung yang dok angkut air sikit-sikit dengan paruhnya masa Nabi Ibrahim dibakar(seingat saya)..diteruskan usahanya juga walau hasilnya nampak seperti mustahil api itu akan padam kerana dia bimbang akan dipersoalkan di akhirat kelak apakah usahanya pada ketika itu..fikirkan..

1 comment:

Anonymous said...

Salam...angah ni...pa khabaq kt sana??? sihat?? harap2 sihat la smua.. kami sini smua sihat jaa.. mak bg alamat blog kt ngah suruh try buka tgok.. saja ja tiggl komen.. ni tgh dok update anti virus.. bru tringat.. mak suruh buka lama dh... kirim salam kt smua k.. ok la kak xtau nk tulis pa dh.. cntik blog kak..wassalam