Tuesday, February 24, 2009

ada senyum dalam lelah itu..

salam..

mengimbau kembali hari semalam,benar2 membuatkan saya tersenyum
sendirian..ya,Dia tahu kenapa senyum saya terukir kali ini..Thanks Dearest Allah..

benar,saya keletihan amat semalam..teruji benar rasanya fizikal saya..tapi,jiwa saya kaya semalam..penuh sarat dengan rasa SYUKUR atas segala urusan yg dipermudahkan Allah..

bermula dari kami cuba menghubungi pengasuh Balqis dan beliau mengatakan ada kerja,saya cuba contact sahibah lain pula..hasilnya tetap sama..sehingga saya hampir-hampir membuat keputusan untuk tidak ke Lab hari ini memandangkan
tiada orang utk ditinggalkan anak kesayangan yang masih kecil ini..sementelah Balqis pula ada satu habit baru 3-4 hari ini..menjolok tangannya jauh kedalam mulut,macam nak korek something,dan akhirnya akan muntah dengan banyak sampai letih..hati ibubapa mana tak pilu apabila tengok anak keletihan sebegitu rupa,umpama hilang habis dayanya..tapi,dia tetap gagah menghadiahkan kami senyuman tanpa gigi itu..hehe


smiling balqis

dan,akhirnya,muncullah juga penyelamat keadaan..alf syukran pada ukhti ain kerana sudi meluangkan masa bersama Balqis sementara mamapapanya pergi berjuang dimedan ilmu..

kami diterangkan cara-cara membuat electrophoresis..betapa menariknya dapat lihat dengan jelas struktur protein yang terhasil setelah proses 'destaining' dibuat.lucu saya apabila terdengar ada suara dibelakang cakap comelnya protein tue..walaupun letih terpaksa berdiri hampir dua jam,tapi berbaloi untuk secebis ilm
u Allah yang tidak ternilai harganya itu..


contoh protein band

seusai kelas,saya dan suami bergegas ingin pulang untuk nurse Balqis kerana sikecil ini sangat sukar membiasakan dirinya dengan botol..puas kami mencuba pelbagai gaya dan cara,dia tetap sanggup berlapar 3-4jam sehingga dapat jumpa ibunya..aduh
anakku ini..bisa gawat hati mama..

dalam selang masa setengah jam class break itu,kami terkejar-kejar mencari teksi dan pulang kerumah..terima kasih tak terhingga pada ukhti fillahku Maimuna Zahra yg sudi menemankan saya yang terpaksa kembali semula ke universiti untuk Lab Histology seterusnya kerana suamiku yang 'sangat tak harap' nak lepaskan saya pergi seorang..ya,semenjak dari berkahwin sehingga sekarang,saya tak pernah lagi keluar
rumah tanpanya baik disini mahupun diMalaysia dan sudah tentu saya sangat menghargai caranya itu =)

sampai ke gamaah,sekali lagi kami terpaksa bergegas memandangkan yang kami sudahpun terlewat 15min dek anakanda yang nak main-main dengan bondanya tadi,huhu..alhamdulillah sempat juga lunch roti sekeping dua dalam teksi tadi.berdebar-debar saya nak masuk kelas kerana saya memang ada darah gemuruh yang bisa buat jantung ini luruh setiapkali lewat kekelas..tapi,sekali lagi syukran lillah apabila Doktor didepan hanya tersenyum kepada kami bila kami anggukkan kepala tanda maaf atas kelewatan itu..walaupun rasa seperti tak cukup nafas yang ada(saya mudah rasa letih semenjak postnatal ni),tapi alhamdulillah Dia berikan sedikit tenaga untuk fokus dengan baik sepanjang proses pengajaran tanpa sepicing pun rasa mengantuk walaupun teman-teman disebelah sudah ada yang terlentok..ditambah pula dengan tajuk-tajuk yang sangat dekat dengan saya (kami belajar pasal Female Genitalia System)..paling mengujakan saya adalah struktur cillia yang ada dipermukaan endometrium dalam uterus..terfikir saya betapa pentingnya kehadiran struktur berupa bulu-bulu halus ini..


contoh cilia

nampak simple tapi tanpanya,boleh saja perjalanan ovum yang sepatutnya sampai ke ruang uterus melalui fallopian tube itu patah balik kerana tiada 'penghalang' (struktur bulu-bulu kecil itu boleh jadi umpama injap yang menghalang pergerakan ovum kearah berlainan) dan terjadilah tubal pregnancy(mengandung dikawasan fallopian tube,nauzubillah)..dan juga tanpa 'grip' yang kuat dari cillia itu juga,boleh jadi benih itu meluncur keluar dari kawasan rahim yang apabila telah disenyawakan,besar kemungkinan boleh berlaku ectopic pregnancy(luar rahim)..ataupun lebih malang lagi apabila keguguran,nauzubillah..


contoh uterus

usai kelas histo,tinggal lebih kurang 20minit lagi untuk saya ditemani hanim ke cafe berdekatan.hajat dihati hendak carikan sedikit makanan buat suami berbuka jika lambat saya pulang memasak nanti..galau juga dihati mengenangkan beliau yang juga 'letih tak hilang lagi' dirumah bersendirian dengan anak kecil yang semakin 'playful' itu.terasa ingin pulang dan skip lab physio tapi telefon suami yang mengatakan 'everything's under control' itu menguatkan saya untuk terus fokus pada
pengajaran seterusnya..sekali lagi saya teruja dengan sesi belajar itu(kami belajar tentang Clearance @ sistem pembersihan darah dalam badan yang hasilnya dikeluarkan melalui air kecil)..fikiran saya cuba mengaitkan apa yang diajar dengan keadaan yang dilalui oleh seorang bapa saudara kesayangan yang telah bertahun terpaksa menjalani 'cuci darah' 3 kali seminggu akibat kegagalan buah pinggangnya berfungsi..




akhirnya kelas tamat dengan jayanya dan saya sekali lagi terpaksa berlari anak untuk mengejar teksi yang sudah sedia maklum akan penuh waktu ini,dengan kesesakan jalan yang menguji kesabaran,alhamdulillah muna sekali lagi sudi menemani(sian muna terpaksa lari-lari jugak,huhu). kencang dihati saya berdoa agar sempat saya memasak kerana hanya tinggal lebih kurang 15minit untuk waktu berbuka..walaupun saya maklum amat suami tentunya faham keletihan ini dan tidak kisah berbuka dengan makanan yang lain dulu,tapi saya tahu bahawa saya akan sedih kalau tak sempat meraikannya berpuasa hari ini..alhamdulillah,tak sampai 5min pun tunggu,teksi tiba dan saya sempat pulang memasak nasi dan lauk ayam goreng kunyit.lagi dua lauk diselesaikan oleh chef Wan semalam (=P) ; tomyam dan telur dadar. satu lauk set(daging merah yang saya nak gantikan jadi ikan masak merah kerana kehabisan daging) tak sempat saya masakkan kerana Balqis bangun dicelah-celah meminta perhatian..

dan,disitulah pengakhiran hari ini(waktu maghrib telah menandakan masuknya hari esok menurut tarikh Islam)..kami berbuka bersama merangkap makan malam dengan hati yang melimpah rasa ketenangan..syukur tak terhingga pada Dia,Allahu Rabbul 'alam yang telah mempermudahkan segala urusan,menyatukan hati-hati kita diatas jalan yang diredhaiNya..

~catatan ini sudah saya maklumi akan jadi sangat panjang,tapi biarlah..rakaman peristiwa ini adalah lebih kepada bacaan anak-anak kami nanti,InsyaAllah..semoga rasa sayang itu sentiasa subur dihati dan dirahmati..~end

5 comments:

Mami Hadeef said...

Salam akak.. suke masuk blog ni tengok both of students medic survive dengan ade anaknya.. tahniah..

Kawn saye kate la 'Female Genitalia System' agak susah jugak.. mungkin sebab dia lelaki kot.. hehe.. dan end block exam baru ni pun agak mencbr jugak soklannya..

Akak n husband dah tahun berapa?? final year ke?

Anonymous said...

hurm..murshida..aku yg takdak famili pon kelam kabut jugak idup..tambah ang yang ada family..so impressive..smoga sentiasa dipermudahkan Allah...

Anonymous said...

just love to baca ang nyer story..at the same age...we've me the different things in our days!!keep it up mama!!hahahaha..u are juz great!!

mmk said...

thanks haniem..

-moga ada manfaat walaupun seciput dari leteran panjang lebar akak tue =P btw,kitorg baru je thn 2,ngeh3x..baru je blaja tulang kaki smlm..tak habis satu badan pun lagi..doakan ye =)

to kierah,

-thanks sudi luangkan masa mai blog aku ni..also,thanks 4 d doa..yup,moga urusan ang pun sentiasa dipermudahkan Allah..ameen..btw,masa ni yg kelam kabut sikit,dan Balqis besaq sket nanti,oklah kot insyaAllah..tp aku bersyukurla sgt sbb mudah nak jaga dia..jarang merengek/menangis..sikit2 je =) ok,c ya soon !! take care dear!

Izyan Nazihah Nor Azman said...

saya kenal muna..Maimuna Zahra kan?
hehe. Muna mmg baik sangat. And, ur girl, so cute. Semoga bahagia ya..